Suggestion dr rakanku puan jaja itu, buat n3 jgn pnjg2..nti hang pulak...okla..ni la Today is The Day - Part 2 yg aku duk godek2 dr td lagi..(geram nie)
SUATU PERJALANAN
" Tanggung jawab suami selain memberi nafkah dan memberi rezeki, jangan lupa membimbing anak dan isteri..kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tidak di timpa hujan " Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan, dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu di pupuk dan di baja.
Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.
SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apapbila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering di bicara. Keburukan suami di jaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau kepada semua org bercerita?? Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :
"Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka " Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini KUFUR?" Rasulullah S.A.W menjawab "Tidak.Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka :
1- Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2- Kamu kufur kan kebaikan suami.
Adakalanya si isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tidak tahu menahu , terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin di pujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya bila masing2 memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.
YANG LEBIH YANG KURANG
"Awak beruntung yer, dapat suami yang memahami.Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa," luah seorang teman yang baru beroleh cahayamata.
"suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata. "ada suami yang tak pandai urusan rumahtangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi sellau membelanjakan anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihannya. Pasti awak akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia, " pujuk saya lagi. Moga2 dia berubah hati. Kembali "memandang tinggi" kehadiran seorang suami.
ENGKAU TERBAIK UNTUK KU
"Sedangkan kidah kagi tergigit, ini kan pula suami isteri, buang yg keruh, ambil yg jernih. Baru teguh peribadi"
Wahai etman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta-Nya kembali bersemi. Banyakkan beristighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan penghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, "Terima Kasih, suamiku. Engkau terbaik utk diri ini."
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan2 kepada kebaikan..
"The Only Real Mistake Is The One From Which We Learn Nothing"