Tuesday, September 15, 2009

:: Pesanan Buat Sang Suami ::

Smlm me baca newspaper Utusan, tetibe tertarik lak ngan 1 artikel ni..title dia "Fahamilah Beban Wanita"..Erm, mcm menabik je tajuk dia...(almklumlah, me pun t'masuk jgk dlm kaum wanita kannn...eheh!) Okla ni la huraian tajuk kat atas tuuu...

"Sesekali renungkanlah beban berat wanita pada bulan puasa ini.Bagaimana mereka menyediakan juadah berbuka puasa.Kemudian bangun awal pagi untuk sajian sahur pula.Pada waktu itu, di mana lelaki?Membaca akhbar, santai menonton televisyen atau tidur?! Atau yang prihatin turut sama membantu isteri.Berapa ramaikah lelaki yg berbuat demikian?Menjelang Aidilfitri ini pula, wanita akan bertambah kesibukannya.Dari hal ehwal langsir, kuih muih, pinggan mangkuk. pakaian anak2 dan suami sehinggalah mengemas rumah.Dalam keadaan isteri yang tabah melaksanakan beban berat ini, rasanya tidak mungkin ada suami yg sengaja sanggup membuatkan mereka berkecil hati, walaupun sebesar zarah. Jadi, apakah hadiah istimewa yg mungkin suami boleh berikan kepada isteri sempena kejayaan melaksanakan beban berat ini sehingga Syawal nanti? Turuti kehendaknya untuk membeli baju, perabot atau langsir baru.Tetapi jika keperluan fizikal ini di luar kemampuan, apa pula gantinya? Ikut kemahuan isteri ke mana dia mahu pulang berhari raya! Biar isteri tentukan sebagai hadiah kemenangan melaksanakan beban berat sepanjang Ramadhan ini. Apa salahnya kehendak isteri diberi keutamaan setelah sebulan pengorbanannya itu.Kadangkala kasih sayang tidak perlu diluahkan dgn kata2 tetapi lebih bermakna melalui perbuatan. Ikhlaskan dan tak pelu bermasam muka apabila terpaksa pulang ke kampung isteri walaupun mungkin ada rakan2 dan saudara mara akan memperli suami takut B1N1..

P/S: sekadar pesanan buat kaum adam yg kadangkala terlupa akan penat lelah sang isteri yg menjadi PENGURUS rumahtangga..Pada kaum isteri yg bekerja, lebih2 lagi la penatnya...
Ingatan ni me jadikan panduan utk diri me jugak...=)

No comments:

Post a Comment