SPECIALLY DEDICATED TO MOHD REDZUAN SHAH B RAHMAT
HAPPY SWEET 2ND ANNIVERSARY, SAYANG..(sori, last year I just wish jek, xdpt nk celebrate, coz masa tu dlm pantang, baru give birth our precious~Nur Afrina Batrisyia..I sering tertanya2.. kalau bukan dia, adakah lelaki lain di luar sana yg sanggup menahan kesabaran setiap kali perempuan ini hilang pertimbangan? setiap kali perempuan ini marah marah dan merajuk just for the sake of small things yg remeh temeh?
kalau bukan dia, adakah lelaki lain yg sanggup menerima perempuan ini yg tak pandai masak sedap sedap untuk hidangan suami, yg masih terkial kial nak membezakan kobis dan sawi..
kalau bukan dia, masih adakah lelaki yg sanggup hidup bersama perempuan ini yg emosi sentiasa berubah-ubah?boros.cerewet.tidak bijak.tidak cantik.tidak lemah lembut dan sopan santun. suka ketawa kuat kuat, sgt sensitive, n suka loncat loncat walaupun umur sudah tua..
kalau bukan dia, adakah lelaki lain yg sanggup dan sabar melayan SETIAP karenah perempuan ini setiap kali perempuan ini baling barang kesayangan bila mengamuk, yg selalu cium pipi perempuan ini dan memeluk perempuan ini sambil berkata "comel & wangi nya isteri saya, cantik pulak tu.." walaupun hakikatnya perempuan ini dalam keadaan paling hodoh+busuk sekali pd waktu itu..
kalau bukan dia, adakah lelaki lain yg sanggup masak makanan dan menjaga perempuan ini ketika sakit, yg merawat setiap kesakitan dengan kasih sayang dan sabar…
kalau bukan dia, adakah lelaki lain di luar sana yg sentiasa membuat perempuan ini percaya bahawa dia cantik, bijak dan terbaik? yg sentiasa meyakinkan perempuan ini bahawa cinta suci itu wujud dan benar ada? yg menghormati perempuan ini sbgmana perempuan ini layak dihormati?
kalau bukan dia, adakah lelaki lain yg sanggup membuang ego dan putus asa hanya untuk menunggu jawapan cinta perempuan ini selama 4tahun..
adakah lelaki lain di luar sana yg sanggup berjuang demi cintanya untuk perempuan ini...Sungguh agung sekali cintanya…
kisah cinta kita menggegar dunia, sayang. dan kisah kita sentiasa memberi harapan kepada orang lain di luar sana bahawa cinta sejati sebenarnya memang ada. dan I sgt bertuah kerana I adalah antara salah seorang yg merasai cinta sejati itu. 730 hari yang kita lalui selama ini indah,sayang.walaupun ramai yg cuba mendekatimu, tp aku jua lah yg kau mahukan..
dan hari ini, di saat ini, ketika ini, waktu ini, cinta kita berdua semakin mekar dgn kehadiran cahayamata pertama Nur Afrina Batrisyia ( Cahaya Putih Kemerah2an Yg Cerdik Dan Pintar) hasil gabungan idea kita berdua pd 15/10/08, yg sudah pun berusia 1 tahun 2bulan…alhmdulillah..I bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan sebuah keluarga yg sangat bahagia..
I sering tertanya tanya, kebaikan apa yg I dah buat sehingga Allah kurniakan dia sbg suami I. lelaki yg sentiasa melihat kebaikan dalam diri I. yg sentiasa berjalan disisi I menongkah dunia yg penuh kekejian ini..
Happy 2nd Anniversary, Sayang..
The Day I Will Stop Loving U is The Day When I Close My Eyes Forever….JUST BECAUSE U ARE SO SPECIAL..KASIH SUCI KITA TIDAK BERMUSIM..
Perempuan/I = aku a.k.a mama kpd puteri yg cumel, Nur Afrina Batrisyia
lelaki itu = suamiku juga kekasihku, tmpt ku meluah masalah, juga berjanji utk bersama2 menempuh susah & senang bersamaku sehingga akhir waktu..Alhmdulillah..
**tidak ku meragui wujudnya cinta yg sejati, kerna hati ini, semenjak dari mula, ku yakin ada cinta, cintalah yg memungkinkan segala...Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri, jalan berliku tiada bertepi, ku percaya tidak sia2 aku diuji demi cinta tersembunyi hikmahnya pasti...**
panjangnye karangan...hihi...heppy anniversary..
ReplyDelete