Monday, January 18, 2010

:: Drama CiNtA BaLQiS ::






 

 

 

 (Istana Cinta - Nyanyian Iera Syazira) 


 Kekaburan Alam Tika Ini Terasa, Suatu penantian pada suatu ketika, 
Yang penuh dengan dugaan yang merantaiku, 
Adakah mampu aku terus mengharungi, 
Lembah yang berduri kian menusuk hati
Tiada kata yang pasti, tak ku temui, 
Tuhanku titiskanlah rahmatmu yang teragung, menerangi kalbuku, 
Cinta suci bersama ke akhir hayatku, kanku tunggu
Pencarianku hingga ke sudut dunia, 
Mengenal kasih yang tiada batasannya,
Pengorbananku menanti istana pasti, 
Tuhanku titiskanlah rahmatmu yang teragung, menerangi kalbuku
Cinta suci biarkanlah ku pergi, menanti pelukanmu...


Sinopsis Cinta Balqis 
Cinta Balqis dibintangi oleh Eira Shazira (Balqis), Zamarul Hisham (Ezani/Emran), Fezrul Khan (Hassan), Memey Suhaiza (Marissa), Mak Engku (Mak Biah), Hamidah Wahab (Habshah), Ainul Aishah (Siti), Aripah Damanhuri (Mak Wok), Hafizudin (Tuan Baharom), Megat Shahrizal (Mukhriz)

Antara babak dalam drama Cinta Balqis yang telah ditayangkan di TV3.(semalam last episode nye)
Cinta Balqis yang mengisi slot Akasia pula mengisahkan percintaan tiga segi yang cukup tragis. Ezani nekad berkahwin dengan Balqis secara rahsia kerana dia tahu cuma itu sahaja cara cintanya terhadap Balqis tidak dihalang. Selepas bernikah, Ezani membawa pulang Balqis ke rumah dengan harapan keluarganya akan merestui perkahwinan itu. Akan tetapi, pergaduhan besar telah berlaku kerana Tuan Baharom tidak setuju dan dia telah menghalau Ezani keluar dari rumah.
Bermula dari itu, Ezani telah membawa Balqis pergi dari situ bagi memulakan hidup baru. Malang menimpa apabila mereka ditimpa kemalangan dan Ezani telah menemui maut dan balqis pula koma selama sebulan. Setelah sedar dari koma, kesedihan akibat kehilangan suami bertambah apabila Balqis disahkan mengandung. Kepayahan dalam membesarkan anak tunggalnya-Irfan, amat di rasainya, apatah lagi ibunya, Mak Wok telah diberhentikan kerja oleh Tuan Baharom gara2 membiarkan perkahwinan anaknya dengan Ezani.
Balqis dengan Hassan sepatutnya bernikah sebab diorang tak tahu yang sebenarnya hidup lagi, cuma dia hilang ingatan, dan telah berkahwin dengan Marissa (Memey Suhaiza), tp lastly Ezani ni ingat balik kenangan lama, dia jumpa semula Balqis, dan bagitahu semuanya..Balqis sedih sangat sebab, 1- suami nya si Ezani dah kahwin lain, dan guna nama Emran, 2-Balqis bakal berkahwin dengan Hassan...
Si Balqis pulak, dek kerana cinta gila kat Ezani, dia dah bagitau kat hassan yang Ezani masih hidup..So, dia xbuleh kawin dgn Hassan...(kesian tgk muka hassan masa ni)
Episod terakhir semalam, Hassan kene tembak dengan samseng namanya Ray, (ingatkan Hassan mati)..Rupanya TIDAK..lastly Hassan masuk hospital, Balqis temankan Hassan, masa Balqis kata "Saya.....Saya sayangkan awak", masa ni Ezani / Emran terdengar perbualan mereka, then Ezani / Emran datang dekat kat Balqis, then dia kata, "selama ni awk xsedar cinta sejati awak ada di depan mata" (lebih kurang gitu la skrip dia) kemudian tunjuk ke arah Hassan...Balqis sedih, then dia ckp kat Ezani/Emran, 'Abang, maafkan Qis"...Lastly Hassan + Balqis pun kahwin...=D
**Tamat**

Cerita yg sangat touching..
a) Mmg betul, kadang2 kite tercarik2 cinta sejati yg jauh, tp hakikatnya ade di depan mata aje...
b) Wujud lagi ke lelaki yg mcm Hassan tu?? Biasanya, lelaki sekarang ni kalo dah admirer/sayang sgt dgn 1org pompuan tu, kalo xdpt kawin dgn pompuan tu, mesti dia "dajal" kn pompuan tu, ye x?? (maafla kalo ade yg terasa..=p

2 comments:

  1. love this story! nak tau..arif suka sgt lagu ni tau, boleh lak dia ikut..aaa.aa..aa..aa..hikhik..cumel jek! lagu ni best!

    story ni best!..Cinta Sejati di depan mata..tp itu ler..dok tertanya gak, wujudkan orang cam Hasan ni di zaman skrg?.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Salam Mama Afrina,

    Get a chance to win 4GB Kingston Data Traveler USB Flash Drive or 250GB Maxtor Portable External Hard Disk.

    Please visit:
    http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

    Regards,
    Zu

    ReplyDelete