Wednesday, July 14, 2010

:: Muhasabah Cketttt, cewahhh... muhasabah la sangggaaatttt.. ::

Bila me belek2 email kat LIVE td, tetibe mcm nk muhasabah diri kjap..(ecewah, poyo..ayat xhingat!) Ayatnya bunyik cmnie...(ayat ade bunyik ke?? hahahhaha..abaikan..)

Subject: Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam
Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabb-Mu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu"

 

( tiba2 nk letak gmbo kawen pulakkk...) ;p

And....
Lahirlah...

(Little "BOO" Monster Inc a.k.a afrina,  muahahahahahahaaaa.....)

** harini xbz sgt, so leh la update cket...
** kpd PUANJAJA , saya sudah update blog, sila blogwalking n tinggal jejak, okeh! ;p

**sekarang ni, me ajar afrina nyanyi lagu BARNEY & FRIENDS  "I love U, U love me, We're Happy Family, With A Great Big Hug And A Kiss from Me To U..While U say U love Me Too! "
(Bila me sebut BIG HUG tu afrina terus depangkan tangan n pelok me kuat2..heheheeh, clever girl! ) ;))
Me dengar afrina ikut me nyanyi masa "I love U" tu, dengar " I " yer "U"
"U love Me" tu dengar "U yer Me"...
lps tu terus dgr dia sebut bahasa JERMAN..hahhahaaaaa....;p
- bahasa jerman bermksud afrina nyanyi ntah hape2..dia bebel2 jek..;p

** sebenarnya bby dlm perut ni tgh godek2 ape ntah, sakit gila ms dia tgh pusing2 wat akrobatik..ish3
** sakit kaki sgt2 bila berjalan, 1 - sebab kaki bengkak, 2 - mcm masa me tgh jalan tu me menekan tulang pelvis...sakit oooooo....me ngadu kat hubby td, dia trus col, tnya da nk deliver ke?? ish3..apela awk ni, saya due kan bulan depan, lmbt lagi arrrr....(lupa la tu, huishhhh).

2 comments:

  1. bulan depan deliver?..ish tak lama dh tu, siap sedia! best nye nk dpt new baby! pandai dah eh nyanyi lagu barney afrina?..sure comel jek! ^_^

    ReplyDelete
  2. wahaha...zikri pon pandai nyanyi lagu barney..pas nyanyi kene kiss ngan hug..hahaha...tapi hanya dengar dia ckp i yer yu jek...lain2 tak dgr...aku yg nyanyi abis..

    ReplyDelete